Friday, July 31, 2009

Buletin H1N1

Salam...

Sebuah Universiti di negara ini telah diceroboh oleh satu virus yang amat popular di seluruh dunia...virus H1N1 ini semakin merebak dan amat merbahaya..

Semua Student diwajibkan cuti semester dgn lebih awal.......... Happy Holiday


Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 31 Julai 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 69
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 69
Kes Kematian: 0

Jumlah Kes di Malaysia: 1,371 termasuk 4 kematian.
574 (42%) merupakan kes import dan 797(58%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,341 kes (97%) telah sembuh, hanya 21 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 9 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Kedudukan kes di Unit Rawatan Rapi adalah seperti berikut; 3 daripada 7 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi pada hari sebelumnya telah dipindah keluar ke wad isolasi. Lima (5) kes sporadik yang baru disahkan positif influenza A(H1N1) merupakan kes­kes yang berkomplikasi dan telah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Oleh itu menjadikan jumlah kes yang berada di Unit Rawatan Rapi adalah seramai 9 orang, di mana antaranya adalah 2 remaja obes, 1 wanita hamil dan 1 imuniti rendah.

Maklumat berkaitan 15 kluster baru influenza A(H1N1) adalah seperti di Lampiran 1. Sementara itu, 9 kes daripada 1 kluster sediada adalah seperti di Lampiran 2.

Milofloat: semua pakai mask!!!

No comments:

Post a Comment