Wednesday, September 30, 2009

Tsunami Melanda....

























Berita dipetik dari Utusan Online
http://www.utusan.com.my/

Gempa bumi: Amaran tsunami dikeluarkan
30/09/2009 6:58pm

JAKARTA 30 Sept. - Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.

Tiada laporan tentang ombak besar atau kecederaan setakat ini. - AP


Gempa kuat di Sumatera
30/09/2009 6:45pm

JAKARTA 30 Sept. - Satu gempa kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia.

Gegaran itu berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) di barat daya bandar Padang di Sumatera Barat. - AFP



Gempa, tsunami: 75 terbunuh di Samoa, 6 di Tonga
30/09/2009 4:00pm

APIA, 30 Sept. - Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Pasifik Selatan dan tsunami telah meningkat kepada 75 orang sehingga tengah malam waktu tempatan dan dijangka akan terus bertambah.

Sementara itu, di TONGA enam orang terbunuh manakala empat lagi masih hilang akibat kejadian tersebut. - AFP


Tiada rakyat Malaysia mangsa tsunami di Samoa
30/09/2009 5:07pm

KUALA LUMPUR 30 Sept. — Tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian tsunami di kepulauan Samoa hari ini yang mengakibatkan 80 orang terbunuh.

Jurucakap Wisma Putra juga berkata, tidak ada laporan mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa taufan Ketsana yang melanda Vietnam hari ini.

Ketsana menyebabkan 40 orang mati di Vietnam dan 246 terbunuh di Filipina. - Bernama


4 comments:

  1. blog ni mmg bagus
    sentiase mengupdate the latest news
    keep it up dude

    ReplyDelete
  2. terasa juga gegarannya di opis td...

    ReplyDelete
  3. hurm i pown terse jgak gegaran tue...
    sgt sgt mengejut kn...
    igt x sempat lg da nk tgk duniawi yg indah nie...even tok sementara...

    ReplyDelete
  4. tu amaran dariNYA...kena selalu beringat..

    ReplyDelete