Monday, June 7, 2010

Cinta dan Perkahwinan..

Sempena musim perkahwinan ni...milo ingin entry pasal CINTA dan PERKAHWINAN.
Ape maksud cinta bagi kamu? adakah cinta sejati itu wujud? cinta yang berputik daripada cinta pertama adakah itu dinamakan cinta sejati? Bagi milo, cinta pertama tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin..kita tidak tahu siapakah jodoh kita yang sebenarnya sebelum tiba masanya.. Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan...Hanya Dia saja yang mengetahui..kita hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakkal untuk mendapatkan cinta seseorang..

 Adakah ini dinamakan cinta sejati???

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Sesungguhnnya perkahwinan itu adalah sunnah.


Perkahwinan menjadi sunnah Rasulullah saw; qauliyyah dan fi’liyyah. Ini bermakna Nabi saw menganjurkan perkahwinan dengan perkataan dan perbuatan baginda saw.
Sabda Rasulullah saw :


(( يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء )) متفق عليه .

Maksudnya: Wahai para pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, maka hendaklah dia berkahwin. Ini lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan maka mestilah dia berpuasa kerana puasa itu adalah benteng baginya.

milo: kepada kawan2 yg telah berumahtangga. tahniah..kerana mengikuti sunnah Rasullullah...semoga bahagia dunia dan akhirat.. InsyaAllah...

9 comments:

  1. kahwin itu adalah sunnah, jalan kan la sunnah tu sebaik2nye

    ReplyDelete
  2. u trigger me an idea to write entry... insyallah i will post it tonight. thanks ya.

    ReplyDelete
  3. milo tgu semua kawan2 settle dulu.. hehehe
    ejay..i will read ur post..

    ReplyDelete
  4. nice entry
    semoga setiap mereka yang berpasangan sekarang ini mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin

    ReplyDelete
  5. kawen melengkapkan sebahagian dr agama..maka,marilah tanamkan niat untuk berkahwin sekaligus melengkapkan agama kita...

    ReplyDelete